Australia Tip Bercuti

8 Aktiviti Menarik Yang Wajib Anda Lakukan Di Perth

Perth, Australia merupakan sebuah tempat yang menarik untuk dikunjungi dengan gabungan kemodenan bandaraya dan keindahan alam semulajadinya. Dengan cuaca yang baik di Perth banyak aktiviti yang boleh dilakukan disini.

Jika anda merancang untuk melancong ke Australia, anda boleh pilih musim terbaik bagi anda. Setiap orang mempunyai citarasa dan pengalaman yang tersendiri untuk merasai setiap empat musim yang ada di Australia.

  1. Memetik buah
Photo by The NEFF Kitchen
Photo by Australia Backpackers Guide

Perth mempunyai 4 musim dan jenis-jenis buah adalah mengikut musim tertentu. Contohnya buah oren dan lemon adalah pada musim sejuk iaitu dari bulan Jun ke Ogos. Manakala buah epal pula boleh dipetik pada semua musim kecuali musim panas. Untuk musim panas pula memang sinonim dengan buah-buahan seperti ceri, pic,  dan anggur. Terdapat beberapa ladang buah di Western Australia seperti :

  • Fruit Orchard
  • S&R Orchard, Perth Valley
  • Berry Sweet Strawberry Farm
  • Amuri Creek Fruit Pty Ltd
  • Valley Fresh Produce
  • Boronia Farm
  • Karintha Orchards
  • Fontanini Fruit & Nut Farm
Photo by Live Lighter

Musim buah di Australia bergantung kepada kawasan sama ada Sydney, Melbourne, Perth dan lain-lain. Setiap kawasan, lain musim buahnya.

Ini adalah panduan buat anda supaya lebih jelas dengan tujuan anda datang ke sini dan terpulang kepada anda cenderung untuk memetik buah paling anda gemari mengikut musim-musim tertentu supaya nanti tidaklah tersalah musim.

Buah-buahan yang segar ini pasti membuatkan anda teruja dan tidak sabar untuk melawati bumi Perth ini bukan?

2. Membeli-belah

Photo by Mizz4yu

Ini saat yang ditunggu-tunggu oleh semua orang! Pasti anda berasa teruja dan ingin tahu apa yang boleh dibawa pulang ke Malaysia bukan?

Photo by Nad Zaim

Mesti anda tahu Freemantle Weekend Market kerana ia merupakan salah satu pasar yang sangat terkenal di Australia. Di sinilah tempat untuk anda membeli-belah kraftangan, cenderahati tanda kenang-kenangan dan mencuba makanan tempatan. Tempat terbaik untuk pelancong memilih oleh-oleh untuk di bawa pulang. Kira memadai sudah sampai di Perth ini paling tidak anda membeli “fridge magnet”. Tambahan pula, anda boleh dapatkan “Australian Honey” serta produk petani segar.

Photo by Airbnb

Bukan itu sahaja, untuk beli vitamin dan minyak wangi yang murah pula terdapat di City Chemist. Apa tunggu lagi, anda wajib beli di sini sepuas-puasnya!

Photo by Food Fotography

Siapa yang tidak suka makan secara percuma? Ini berita baik untuk anda kerana di Margaret River Chocolate Factory anda boleh merasa coklat secara percuma begitu juga dengan Mondo Australia Nougats dan Australia Honey yang rasanya sama seperti di ladang.

3. Mengambil gambar “Instagrammable” shot

Blue Boat House adalah tempat yang wajib anda lawati untuk bergambar di sana kerana ianya antara lokasi paling banyak gambar percutian di Perth terutama di Instagram. Sedikit info berkenaan The Blue Boat House atau nama asalnya adalah Crawley Edge Boatshed yang terletak di Swan River dan di bawah Kings Park Botanic Garden.

Blue Boat House yang ikonik ini dibina sekitar 1930’an dan kini ia menjadi destinasi wajib bagi mereka yang ingin bercuti ke Perth. Ianya semakin ramai dikunjungi oleh pengunjung beberapa tahun kebelakangan ini selepas hangat diperkatakan di dalam blog-blog, laman web percutian dan Instagram.

Photo by Mizz4u Work Play

Kombinasi bangunannya yang unik, ketenangan air Swan River serta keindahan langit yang membiru pasti membuatkan gambar anda menjadi cukup cantik untuk diabadikan sebagai memori.

Selain itu, spot yang menarik untuk bergambar adalah di Freemantle dan Perth amnya tidak lain tidak bukan iaitu “The Rainbow Sea Container”.

Photo by Yelp Australia

Jika anda datang ke sini, dinasihatkan agar parkir di “lot parking” di Beach Street terlebih dahulu dan bukannya parkir di tepi jalan utama. Malah ada sahaja yang berjalan kaki dari Fremantle, tetapi ianya agak jauh dan memenatkan juga. Antara pilihan lain anda boleh menggunakan adalah aplikasi Uber untuk memudahkan lagi perjalanan anda ke sini.

Bukan sahaja ada warna pelangi, warna hitam daripada bayang-bayang turut kelihatan jadi pastikan bergambar dari arah yang betul.

4. Berkelah dan beriadah

Photo by PAV Events

Tempat yang sering menjadi pilihan untuk melakukan aktiviti beriada adalah Kings Park, yang merupakan satu lokasi yang benar-benar cantik dan tempat yang indah untuk pelbagai aktiviti seperti menyambut majlis hari jadi, berkelah, beriadah pada waktu petang jdan uga bersantai bersama ahli keluarga dan rakan-rakan. Kings Park merupakan lokasi paling popular di Western Australia dan dilawati lebih 5 juta pelancong setiap tahun.

Anda boleh menikmati pemandangan indah di sini dan menghirup udara segar yang menghijau. Sedikit sebanyak dapat menghilangkan “stress” yang ada kerana anda akan melupakan segala masalah dengan panorama yang memukau jiwa.

Photo by Trover

Taman ini sesuai dikunjungi pada waktu siang dan malam, terutama sekali apabila matahari mulai terbenam untuk menyaksikan pemandangan senja sehingga larut malam. Pemandangan Swan River dari sini sangat menakjubkan!

Photo by Vocket

Bukan sahaja pemandangan yang indah, Kings Park ini turut kaya dengan flora dan fauna termasuklah sebatang pokok yang sudah berusia 750 tahun. Menariknya, pokok ini dipindahkan lebih 3,200km dari daerah Kimberly dan pokok ini masih hidup dan mengeluarkan daun setiap tahun! Sambil berjalan-jalan di sekitar taman ini juga, anda sekeluarga dapat mendengar bunyi kicauan lebih daripada 70 jenis burung yang terdapat di sini.

Jika anda tidak ke sini, memang tidak lengkap percutian anda Ke Perth! Kings Park merupakan taman dengan keluasan 400.6 hektar untuk pengunjung sama-sama melihat dan merasai keindahan flora yang terdapat di Western Australia.

Photo by Travel Notes
Photo by Trip Advisor

Di taman ini, anda boleh melihat ramai pengunjung yang berkelah dan bersantai kerana kawasannya yang bersih dan nyaman. Jadi, jika anda mahu bersantai atau tidur sebentar di sini pun, tiada siapa yang akan mengganggu.

5. “Sandboarding” dan “4WD Ride”

Baiklah kali ini jika anda ingin meluncur di padang pasir putih pula, Lancelin Sand Dunes adalah tempat yang paling tepat sekali. Seluruh padang pasir bewarna putih itu nampak sangat luas ibarat tiada berpenghujung dan langit Perth yang membiru pula memang sudah begitu mempesonakan. Satu kombinasi yang cukup indah, inilah yang dinamakan lukisan alam.

Ingin melakukan aktiviti lasak tetapi badan tidak cukup “fit”? Tidak mengapa, anda dapat berseronok dengan aktiviti “sandboarding” tanpa menggunakan banyak tenaga tetapi jika ingin seronok lagi, terpaksalah anda keluarkan tenaga lebih sedikit untuk ke kawasan pasir yang lebih tinggi, kemudian berdiri di atas papan luncur ini dan meluncurlah sepuasnya di kawasan padang pasir.

Photo by Beach Walks

Ianya lebih kurang seperti “snowboard” cuma “sandboard” ini boleh dikatakan versi “hipster” untuk aktiviti meluncur. Jikalau anda tiada papan luncur sendiri, anda boleh menyewa dengan harga AUD 10 untuk 2 jam, 2 jam pun sudah mencukupi bukan? Anda juga boleh menyewa basikal dengan harga AUD 50 untuk 30 minit. Apa-apa pun, jangan lupa untuk memakai pelindung mata dan krim pelindung matahari!

Photo by Her Inspirasi

Lancelin telah menjadi tumpuan utama yang popular di Australia untuk aktiviti ‘sandboarding’ atau luncur pasir. Sangat sesuai juga buat penggemar ‘adrenaline rush’ melalui sukan “quad-biking” atau pemanduan pacuan 4 roda yang penuh cabaran.

6. Memberi makan kepada haiwan di Caversham Wildlife Park

Photo by Patnotebook

Terletak tidak jauh dari bandar Perth, Caversham Wildlife Park dibuka dari jam 9 pagi hingga 5.30 petang sepanjang tahun kecuali Hari Krismas. Ianya merupakan taman haiwan atau zoo yang terkenal di Perth.

Menempatkan lebih dari 200 spesies haiwan, Caversham Wildlife Park terbahagi kepada 6 bahagian utama. Iaitu; “Meet The Wombat & Friends”, “Farm Show”, “Meet The Koalas”, “Feed The Kangaroos”, “Penguin Feeding”, dan “Molly’s Farm”. Ingin bermain dan memberi makanan kepada haiwan yang bebas berkeliaran? Marilah berkunjung ke taman hidupan liar di Australia. Harga tiket bagi dewasa adalah AUD 29, manakala bagi kanak-kanak pula berharga AUD 14.

Photo by First Stop Singapore
Photo by Big Seven Travel

Koala adalah salah satu hidupan liar atau haiwan yang terkenal di Australia. Sedikit fakta tentang Koala ini, hobinya hanya tidur sahaja sepanjang hari 20 jam untuk tidur manakala 4 jam bangun untuk makan.

Photo by Campervan Finder
Photo by Sydney Blog

Pelawat dibenarkan memberi makan kepada haiwan jinak seperti kambing biri biri dan kanggaru. Inilah peluang anda untuk rasai pengalaman baru sambil menjinakkan haiwan-haiwan di sini kerana mereka akan lebih cenderung untuk menghampiri pelawat yang memberi makanan.

7. Makan “signature dish” Australia

Jika anda penggemar makanan laut, tidak sah jika anda tidak singgah makan di Lobster Shack ini. Ianya terletak kira-kira 2 jam masa perjalanan dari bandar Perth dan jaraknya pula ialah 17 kilometer dari Pinnacles National Park. Jom singgah makan pelbagai jenis hidangan udang galah segar yang amat lazat ini!

Photo by Buggybuddys
Photo by Rich Keam

Bukan udang galah sahaja yang menjadi “signature dish” di Australia ini, malah “Fish and Chips” juga menjadi makanan yang selalu dipesan oleh penduduk di situ. Wah, asyik sungguh dapat menikmati hidangan yang mewah lagi lazat ini! Tidak mengapa sesekali kita harus berani mencuba sesuatu yang baru.

Tanya saja penduduk sekitar tentang hidangan lazat udang galah segar, pasti mereka akan mencadangkan anda untuk singgah ke Lobster Shack. Restoran ini terletak berhadapan dengan Pantai Cervantes, jadi anda boleh menjamu selera hidangan lazat sambil menikmati pemandangan yang menarik.

8. Pengalaman “Mandurah Cruise”

Aktiviti lain yang menyeronokkan dan patut anda cuba di Perth ialah Mandurah Cruise, di mana sepanjang menaiki “cruise” ini, anda berpeluang melihat ikan lumba-lumba iaitu sejenis mamalia laut melompat-lompat di permukaan air. Jarak dari Perth ke Mandurah ini hanya dalam 80 km lebih kurang 1 jam perjalanan.

Photo by Destination ANZ

Selain dapat melihat hidupan liar ini, “cruise” selama 1 jam akan memasuki ke kawasan terusan Mandurah Terrace. Terdapat rumah-rumah banglo mewah di sekitarnya. Maka tidak hairanlah jika kawasan “elite” ini di setiap rumah tersebut akan ada “deck boat” peribadi. Ia menunjukkan betapa kayanya mereka yang tinggal di situ.

Jika anda melancong bersama kanak-kanak, pasti mereka akan berasa sangat teruja dan gembira dengan aktiviti ini.

Kesimpulannya, merancanglah dengan bijak destinasi yang anda ingin lawati nanti supaya anda dapat meluangkan masa yang lebih berkualiti dan tidak melepaskan peluang untuk melakukan pelbagai aktiviti-aktiviti yang menarik di sini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: