Kembara di bumi Balkan merupakan pengalaman yang sangat manis untuk anda yang sukakan pemandangan indah yang memukau sepanjang di sana. Sehingga ada yang mengatakan bahawa Balkan ini indah bagaikan lukisan !
Entri kali ini anda akan mengetahui lebih mendalam tentang beberapa masjid yang terdapat di Balkan. Wilayah Balkan terletak di bahagian tenggara Eropah yang terdiri daripada beberapa buah negara. Istimewanya Balkan kerana ia tempat berhimpunnya agama lain selain Islam. Majoriti umat Islam tinggal di Bosnia-Herzegovina.
1. Masjid Mustafa Pasha
Masjid ini terletak bersebelahan dengan “Internal Balkan University”. Kedudukan masjid yang berada di dataran tinggi dan merupakan salah satu bangunan Islam yang paling cantik di Skopje, Macedonia. Dibina 500 tahun dahulu oleh Mustafa Pasha iaitu seorang pembesar dan penasihat pada zaman pemerintahan zaman Sultan Suleman masih utuh sehingga kini.

Masjid ini merupakan monumen paling penting di Macedonia dan mempunyai seni bina yang menarik. Selain tempat beribadah, masjid ini menjadi pusat madrasah, ‘resting point’ dan mempunyai tempat wuduk yang unik iaitu kepala paip yang menarik.
2. Masjid Ali Pasha
Masjid Ali Pasha merupakan salah satu masjid yang tertua di kota Sarajevo iaitu ibukota bagi Bosnia dan Herzegovina. Masjid tua berunsurkan klasik pada Zaman Pemerintahan Uthmaniyyah ini dibangunkan pada tahun 1561 hingga 1562 sebagai Wakaf Abadi.

Pada tahun 2005 yang lalu, Masjid Ali Pasha telah dinobatkan sebagai salah satu monumen nasional Bosnia dan Herzegovina yang harus dilawati oleh setiap lapisan masyarakat serta pemerintah. Keindahan masjid ini jelas terpancar pada waktu malam semenjak ianya ditubuhkan.
3. Masjid Et’hem Bej
Seterusnya, Masjid Et’hem Bej yang terletak di pusat bandar Tirana, Albania. Untuk pengetahuan anda, daerah Tirana mempunyai majoriti penduduk Islam di Semenanjung Balkan. Ia telah dibangunkan pada tahun 1823 yang lalu.

Sehingga kini bangunan masjid tersebut sudah mencecah hampir 200 tahun. Apa yang menariknya, ia sudah ditetapkan sebagai salah satu Monumen Kebudayaan Nasional Negara Republik Albania.
4. Masjid Ebu Bekr
Penubuhan Masjid Ebu Bekr yang mempunyai keluasan agak besar, menjadi tumpuan komuniti Muslim tempatan. Hal ini memudahkan untuk mereka menunaikan solat dengan lebih selesa. Masjid ini menjadi daya tarikan penduduk muslim di pusat bandar Shkoder, Albania.

Dibina bersebelahan dengan sebuah masjid Uthmaniyyah iaitu Masjid Sheikh Zamil Abdullah Al-Zamil. Ia telah diubahsuai secara meluas pada tahun 2008. Keindahan masjid ini tiada siapa yang boleh menafikannya.
5. Masjid Zagreb
Salah sebuah masjid yang terbesar di Croatia iaitu Masjid Zagreb. Walaupun mempunyai jumlah muslim yang minoriti, hal ini tidak menghalang umat Islam tempatan untuk membangunkan masjid-masjid megah lagi menawan.

Apa yang uniknya masjid ini, reka bentuk tiga kubah hijau itu sememangnya lain daripada yang lain. Untuk pengetahuan anda, masjid di pusat Zagreb ini, bukan hanya berfungsi sebagai tempat solat semata-mata, tetapi pelbagai kegiatan lain yang boleh dilakukan termasuklah tempat bertemu antara satu sama lain, beriadah dan terdapat restoran berhampiran. Disebabkan oleh makanannya yang lazat, restoran di kompleks masjid yang luas dan hijau ini penuh sesak dengan ramai pengunjung untuk makan bersama.
Jika anda berpeluang untuk menjejakkan kaki ke sini, jangan lupa untuk singgah di masjid-masjid seperti di atas untuk menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim sambil mengamati sejarah dan keunikan reka bentuk semua masjid yang ada.
Keren
LikeLike