Eropah

Venice – Bandar raya air bersejarah

Venice ialah salah satu bandar yang harus anda lawati jika ke Itali. Budaya Itali yang masih terpelihara menjadi salah satu sebab mengapa anda harus kesini. Venice menjadi terkenal di seluruh dunia kerana ianya bandar yang dikelilingi air disetiap sisi. Fakta-fakta dan mercu tanda yang terkenal telah menarik perhatian pelancong dari seluruh dunia untuk melawat bandar air yang semakin tenggelam setiap tahun.

Bandar air ini dibina menggunakan jutaan kayu balak yang dipasakkan ke tanah. Majoriti kayu balak yang digunakan dari pokok Alder yang terkenal dengan daya ketahanan air. Kayu balak yang digunakan untuk pembinaan telah dibeli daripada negara seperti Slovenia dan Croatia.

Anda boleh menikmati satu pengembaraan di Venice. Sebaik sahaja anda terperangkap di jalan-jalan dan jambatan kebingungan yang kelihatan tidak berkesudahan, anda tidak akan mempunyai pilihan selain terus berjalan. Ianya merupakan cara terbaik untuk menjelajahi Venice dan merasai kejutan yang ditawarkan bandar ini.

Terusan dan Jambatan

118 buah pulau membentuk kota abad pertengahan Venice semenjak 1500 tahun dahulu. Bandar ini dipercayai tenggelam dengan kadar 1 ke 2 milimeter setiap tahun. Venice mempunyai 417 jambatan, dimana 72 ialah jambatan peribadi dan terusan air terbesar di Venice ialah Grand Canal, dimana ia membahagikan bandar Venice kepada 2 wilayah.

Grand Canal
Foto oleh Pinterest

Terdapat 170 bangunan dan empat jambatan utama sepanjang terusan terbesar Venice, Grand Canal. Tiga daripadanya sudah berusia ratusan tahun, tetapi jambatan ke-empat sudah mula mereput berbanding jambatan utama yang lain. Kebanyakkan jambatan di sini tidak mempunyai tangga kerana semasa pembinaan ianya juga digunakan untuk pengangkutan menggunakan kuda. Salah satu jalan yang paling sempit di dunia juga terletak di Venice. Jalan ini dipanggil Calletta Varisco dan lebar jalan ini hanya 53cm.

Calletta Varisco
Foto oleh Inside Venice

Terdapat lima jambatan terkenal di Venice yang perlu anda jelajahi. Ponte deli Scalzi bermaksud bridge of barefoot adalah jambatan pertama yang anda lihat sebaik sahaja meninggalkan Stesen Kereta Api Venice. Jambatan yang dibina pada tahun 1856 ini menghubungkan dua kawasan bandar, Santa Croce dan Cannaregio yang dipisahkan oleh Grand Canal.

Ponte deli Scalzi
Foto oleh My Venice Aparment

Jambatan kedua ialah Rialto Bridge merupakan jambatan tertua dan terkenal di Venice. Jambatan ini dibina di bahagian terusan yang paling sempit pada 1181. Pada asalnya dinamakan Ponte della Moneta sebelum menukar nama kepada Rialto.

Rialto Bridge
Foto oleh Everypixel

Ponte dell’Accademia ialah jambatan yang terletak di bahagian selatan Grand Canal yang dibina pada 1854. Ia menghubungkan St Mark’s Square dan Galleria dell’Accademia yang terkenal dengan koleksi lukisan dari artis terkenal seperti Tintoretto, Tiziano dan Veronese.

Ponte dell’Accademia
Foto oleh Pinterest

Ponte della Paglia yang bermaksud jambatan jerami ini merupakan salah satu jambatan yang paling cantik di Venice. Ia dibina pada tahun 1360 dan menghubungkan daerah Castello dan San Marco. Jambatan ini ialah spot terbaik untuk anda mengambil gambar jambatan terkenal Ponte dei Sospiri.

Ponte della Paglia
Foto oleh Encircle Photo

Jambatan terakhir ialah Ponte dei Sospiri atau dikenali sebagai Bridge of Sigh. Jambatan ini merupakan laluan yang menghubungkan Doge’s Palace, mahkamah dengan penjara pada zaman dahulu. Tertuduh yang diiring dari bilik interogasi di Doge’s Palace akan melalui jambatan ini untuk ke penjara buat kali terakhir menyebabkan mereka mendesah atau menghela nafas.

Bridge of Sigh or Ponte dei Sospiri
Foto oleh Trip101

Sekiranya anda ingin melihat semua jambatan, anda boleh mencapainya dengan berjalan kaki, dengan teksi air (vaporetto), atau dengan gondola.

Teksi air atau Vaporetto
Foto oleh Flickr

Populasi

Populasi penduduk di Venice menurun sebanyak 120,000 ke 60,000 dalam tempoh 50 tahun. Dijangka bandar ini akan menjadi tourist park pada 2030 kerana statistik penurunan populasi penduduk yang drastik ini. Selain daripada fakta Venice semakin tenggelam setiap tahun, kos penyelenggaraan kediaman di Venice begitu tinggi menyebabkan penduduk di bandar ni berpindah ke bandar lain. Sebuah apartment di Venice boleh mencecah € 1 juta, harga rumah yang ditinggi ini didorong oleh kerana pelancongan, banyak rumah yang dibeli telah dijadikan hotel atau restoran.

Gondola

Bermula pada abad ke 10, gondola ialah bot yang digunakan penduduk tempatan untuk melintasi terusan air. Gondola diperbuat daripada lapan jenis kayu yang berbeza. Setiap gondola dianggarkan seberat 600 kilo, sepanjang 11 meter dan bahagian luar gondola mesti dicat hitam mengikut undang-undang lama.

Reka bentuk dalaman Gondola
Foto oleh Pinterest

Kini sekitar 400 gondola masih beroperasi berbanding ribuan gondola boleh didapati pada 200 tahun dahulu. Profesion ini dimonopoli oleh orang lelaki selama seribu tahun dan rekod ini telah dipecahkan oleh pengendali gondola wanita pertama di Venice pada 2010.

Untuk menjadi gondolier, anda memerlukan lesen professional. Setelah berabad-abad di mana profesion diturunkan dari ayah ke anak, kini ada kursus gondolier. Namun hanya sekitar 3 atau 4 lesen baru yang diberikan setiap tahun. Kursus ini melibatkan latihan selama 400 jam untuk mempelajari kemahiran yang diperlukan dengan gondolier bertauliah. Calon juga mesti belajar dan mengambil peperiksaan mengenai sejarah dan mercu tanda di Venice. Profesion ini menjadi rebutan kerana seorang gondolier boleh mendapat gaji sekitar € 100,000 setahun.

Rialto Market

Jika anda mahu melihat cara hidup orang tempatan atau membeli hasil tangkapan Laut Adriatik, hasil tanaman yang segar atau bunga di Venice, anda perlu ke Rialto Market. Pasar ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu ikan (Pescaria) dan bahagian buah-buahan dan sayur-sayuran (Erbaria). Waktu terbaik untuk kesini ialah pada waktu pagi. Ketika membeli belah disini, anda diingatkan agar tidak menyentuh hasil jualan yang terdapat di gerai. Para penjual akan membantu anda untuk mendapatkan apa yang anda mahukan dan memberikan hasil jualan terbaik mereka kepada pembeli.

San Marco

Mercu tanda yang terkenal di Venice ialah Menara Loceng San Marco. Menara ini dibina pada tahun 1100an dan selepas kejadian ia runtuh pada 1902, ianya dibina semula pada tahun 1900an. Menara ini setinggi 98.6 meter, menjadikan ia menara loceng ke-lima tertinggi di Itali. Pemandangan terbaik Venice dapat dilihat dari menara ini.

Menara Loceng San Marco
Foto oleh Time Out
St Marco Basillica
Foto oleh Shutterstock

Rumah yang disumpah

Jika anda mencari aktiviti yang menyeronokkan di Venice, anda perlu ke Car’Dario. Rumah Venetian Gothic yang berusia 500 tahun ini terkenal sebagai rumah yang disumpah di Venice. Rumah yang dibina pada 1487 ini mempunyai seni bina Venetian Renaissance ini terletak di sepanjang Grand Canal. Rumah ini terkenal kerana rangkaian kematian semua pemiliknya yang tidak dapat dijelaskan. Mangsa terakhir rumah ini ialah Jon Entwistle, seorang gitaris bass kumpulan The Who. Beliau telah menyewa Ca’Dario semasa kematiannya pada tahun 2002.

Car’Dario
Foto oleh Flickr

Itulah dia antara info menarik tentang Venice jika anda merancang untuk melancong ke Venice. Jemput juga baca artikel tulisan kami yang lain. Semoga bermanfaat buat anda.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: